Penyakit TB (Batuk Kering), Habbatus Sauda dan Madu Sebagai Penawar

Assalamualaikum dan Hi,

Lama betul tak buat posting.

Hari ini nak kupas isu penyakit tuberkulosis atau batuk kering.

Penyakit ini disebabkan kuman Mycobacterium Tuberculosis yang boleh berjangkit melalui udara yang disebarkan apabila pesakit batuk, bersin, meludah dan sebagainya.

Apabila kuman TB memasuki paru-paru, ia tidak dapat diubati dengan antibiotik biasa, perlukan ubat anti-TB yang khusus yang dimakan dalam jangkamasa yang lama berbulan-bulan lamanya.

Hanya 5-10% individu yang mendapat kuman TB di dalam badan, mendapat penyakit TB. Selebihnya kuman TB tersebut diam sahaja di dalam badan (dorman).

Siapa yang berisiko mendapat penyakit TB?

Pesakit yang mempunyai ketahanan badan lemah, seperti pesakit kencing manis, pesakit kanser, pesakit HIV, pesakit kurang nutrisi dan perokok tegar lebih berisiko.

Kerana itu, pentingnya BENTENG diri dengan sistem imun yang kuat, dapat mencegah banyak jenis kuman dan penyakit.

Ok, ramai sangat yang terlepas pandang betapa pentingnya Habbatus Sauda dan Madu dalam rawatan pesakit TB. Yer... tak dipopularkan... sbb terlalu banyak kebaikan dengan 2 herba berkah ini.


Dalam artikel diatas, menyatakan Nigella Sativa (iaitu Habbatus Sauda) dapat menyekat bakteria penyebab kuman TB.


Dalam artikel ini, menyatakan thymoquinone dan thymol, komponen Habbatus Sauda boleh menjadi ubat anti-TB yang berkesan.


Dalam artikel ini, Habbatus Sauda berpotensi menjadi ubat anti-TB termasuk Drug-Resistant TB ( TB yang tidak dapat dipulihkan oleh ubat anti-TB biasa)



Selepas itu, yang lebih bagusnya, artikel ni mengatakan Nigella Sativa (iaitu Habbatus Sauda) mempunyai kesan perlindungan kepada hati : Hepatoprotective. Pesakit yang mengambil ubat anti-TB boleh mendapat hepatotoxicity ( kesan toksik kepada hati) sebagai kesan sampingan ubat anti-TB. Dan apabila pesakit mengambil habbatus sauda bersama, kesan toksik kepada hati dapat dikurangkan.


Selain daripada baik untuk hati, baik untuk buah pinggang juga. Wah..
Ni bukan cakap kosong tapi kajian dah dijalankan. Artikel diatas menyatakan kesan ubat TB boleh menyebabkan toksik kepada buah pinggang. Semasa pengambilan anti-TB, Habbatus Sauda boleh digunakan bersama untuk menghalang dan melindungi buah pinggang daripada rosak kerana kesan toksik ubat.



Habbatus sauda ke sahaja yang ada kebaikan semua ni? Madu macam mana?
Yes! Madu pun ada kebaikan semua ni. Artikel diatas menyatakan madu boleh diguakan bersama ubat anti-TB, dimana ia mengurangkan kesan sampingan ubat anti-TB kepada pesakit. 

Ye, jadi, mestilah ambil kedua2 sekali Habbatus Sauda dan madu untuk pesakit TB.




Dalam artikel ini menyatakan pengambilan madu bersama ubat anti-TB meningkatkan keberkesanan ubat anti-TB dalam merawat pesakit TB. Peratus rawatan berjaya lebih tinggi bagi pesakit yang mengambil madu bersama ubat anti-TB berbanding mengambil ubat anti-TB sahaja.



Sama macam habbatus sauda, madu juga mengandungi kesan pencegahan dan pemulihan kesan toksik hati yang disebabkan oleh ubat TB.


Dan best kajian yang ini, pengkaji bandingkan kesan Manuka Honey dengan madu biasa keatas kesan toksik hati bagi pesakit yang mengambil ubat anti-TB. Kesannya hampir tiada beza, kedua2nya berkesan dan bermanfaat! Manuka honey kan sangat mahal, tapi pengambilan apa2 jenis madu juga insyaAllah ada kesan positif berbanding tidak mengambil madu.

Sebenarnya banyak lagi kajian2 yang telah membuktikan kebaikan habbatus sauda dan madu khususnya untuk pesakit tuberculosis (TB). Ambil rawatan hospital yang sepatutnya kerana penyakit TB sangat berbahaya dantambahkan sekali dengan NISSAGEN PLUS yang mengandungi kedua2nya madu dan habbatus sauda, semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Nissagen Plus kini boleh di beli di:

Tiktok
👉 https://vt.tiktok.com/ZSNrkBhCU/

Shopee
👉 https://www.nissagen.my

WhatsApp
👉 www.wassap.my/60182394830/NissagenPlus

Terima Kasih

















Comments

Popular posts from this blog

Zink sebagai Tambahan Melawan Koronavirus, Kesan kepada Pesakit Hati dan Buah Pinggang.

Review Kajian Klinikal keatas Habbatus Sauda / Nigella Sativa ( Keberkesanan dan tahap keselamatan)

Habbatus Sauda Dan Penyakit Saraf ( Alzheimer, Parkinson, Anxiety, Depression)