Kombinasi Madu dan Habbatus Sauda
Walaupun Nigella Sativa dikenali sebagai herba ajaib 'miraculous herb', namun pelbagai kajian masih diteruskan untuk betul2 membuktikan keberkesanan penggunaan habbatus sauda dalam memulihkan badan dan mengawal penyakit.
Sepertimana telah diketahui, habbatus sauda dan zink, apabila digabungkan memberikan kesan yang jauh lebih baik dalam mengawal jangkitan virus korona (LINK ULASAN) .
Kajian juga menunjukkan kombinasi habbatus sauda dan madu yang sangat berkesan sebagai anti-bakteria ( dalam kajian tersebut keatas E.coli, Staph. aureus, Pesudomonas aeruginosa) dan juga kepada fungus Candida albicans. Dalam kajian tersebut, perbandingan dibuat sama ada menggunakan habbatus sauda sahaja, madu sahaja atau kombinasi madu dan habbatus sauda. Ternyata kombinasi memberikan kesan anti-bakteria terbaik.
Kajian kombinasi madu dan habbatus sauda juga memberikan hasil baik untuk kes pesakit gastrik yang dijangkiti kuman H. Pylori (LINK KAJIAN)
Kajian kombinasi madu dan habbatus sauda dalam kanser hati (hepaticellular carcinoma) memberikan hasil positif untuk pencegahan dan sebagai rawatan (LINK KAJIAN)
Kajian penyembuhan luka ( wound healing) jugamenunjukkan kesan terbaik apabila kombinasi madu dan habbatus sauda digunakan berbanding habbatus sauda sahaja atau madu sahaja (LINK KAJIAN)
Malahan, pengkaji sendiri hampir tidak percaya apabila ada kes pesakit yang dijangkiti virus HIV, mengambil kombinasi madu dan habbatus sauda secara konsisten, mendapati pesakit tersebut bebas dari virus HIV selepas setahun. Pesakit tersebut seterusnya mempunyai 3 orang anak, tiada yang dijangkiti virus HIV (Link Case Report)
Terlalu banyak kajian lain jika pembacaan terperinci dilakukan. Diyakini madu juga salah satu permata kesihatan yang utama dalam kehidupan, memberikan kesan yang amat bagus apabila dikombinasikan dengan habbatus sauda.
Kalau belum amalkan, boleh mulakan hari ini!
Comments
Post a Comment