Kelebihan dan Kesan Madu Kepada Ibu Mengandung

 


Honey During Pregnancy – Benefits and Side Effects.


🌟 Pengganti kepada gula halus/ gula terproses.

🌟 Sumber antioksida, asid amino dan digunakan untuk tujuan perubatan.

🌟 Raw honey (madu mentah) boleh mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan 'botulism' kepada bayi bawah 1 tahun kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang untuk melawan bakteria ini.

(Doktor menyarankan bayi dibawah satu tahun tidak diberi madu mentah)


Bagaimana pula dengan ibu mengandung?


Ya, madu selamat dimakan semasa mengandung dan boleh dimasukkan kedalam diet ibu mengandung, kecuali disarankan sebaliknya oleh doktor anda.


Madu boleh mengandungi penyebab 'botulism' sekiranya dicemari oleh spora Clostridium sp. Bagaimanapun kebarangkalian untuk terkena botulism sangat sedikit kerana sistem imun badan boleh melawan perkara ini. 

Dan spora akan dihalang oleh plasenta (uri) daripada bayi dalam kandungan.


Kelebihan madu/honey semasa mengandung:


1. Menguatkan sistem imun dengan bertindak sebagai antioksida dan antibakteria.


2. Madu jika diambil bersama halia atau lemon, boleh melegakan iritasi tekak kerana mempunyai sifat antiradang.


3. Membantu cepat melegakan batuk dan selsema kerana mempunyai sifat antiviral.


4. Bantu memulihkan ulser perut dengan pengambilan regular. Sama ada 'gastritis' mahupun 'peptic ulcer' yang disebabkan H. pylori. Dapatkan nasihat doktor jika ingin mengamalkan madu disebabkan ulcer.


5. Bantu melegakan insomnia/ masalah susah tidur. Secawan susu suami bersama madu dapat mengurangkan stress dan membantu untuk tidur lebih baik.


6. Membantu mengurangkan alahan/allergy.

Dalam madu local ada 'pollen'/ debunga yang boleh membantu meningkatkan kerintangan badan terhadap seasonal allergies. Jika anda alahan kepada pollen/ debunga, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil madu.



Ringkasan dan alihbahasa dari:

https://www.google.com/amp/s/parenting.firstcry.com/articles/honey-pregnancy-benefits-side-effects/%3famp

Original article medically reviewed by Paediatric Nutritionist.

Comments

Popular posts from this blog

Habbatus Sauda Dan Penyakit Saraf ( Alzheimer, Parkinson, Anxiety, Depression)

Zink sebagai Tambahan Melawan Koronavirus, Kesan kepada Pesakit Hati dan Buah Pinggang.

Buku Gigi Dan Mulut Saya: Prof. Madya Dr Aspalilah Alias