Habbatus Sauda dan Penyakit Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam kembali!

Kontroversi sekali sekiranya mengaitkan mesalah kesihatan terutamanya kencing manis (diabetes mellitus) dengan rawatan herba/ tradisional. 

Pengambilan herba yang tida kajian terperinci dan dos kajian yang tidak ditentukan tahap keberkesanan dan toksisiti, serta pengambilan herba berlebihan yang bahan aktifnya mungkin mengandungi steroid semulajadi yang tinggi boleh menyebabkan bahaya berbanding kesan baik kepada badan.

Berbeza dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana background saranan dalan perubatan islam yang amat digalakkan, banyak kajian yang dilakukan oleh pakar seluruh dunia untuk mengesahkan kebaikan Habbatus Sauda keatas kesihatan badan secara keseluruhan dan khususnya dalam posting kali ini, kepada pesakit yang menghidap kencing manis.

Bagi yang risau mengenai pengambilan habbatus sauda yang boleh sebabkan toksik, boleh rujuk kupasan di LINK INI (KLIK SINI) yang menunjukkan dos bahaya berbanding dos yang digunakan dalam Nissagen Plus. Nissagen Plus juga menggunakan serbuk keseluruhan habbatus sauda, bukan hanya bahan aktif thymoquinone (minyak) dan ini mengurangkan lagi risiko toksisiti dan meningkatkan keberkesanan.


Ok, berbalik kepada perbincangan mengenai kencing manis.

Habbatus sauda mengandungi komponen penting dalam mengawal gula dalam darah, iaitu thymoquinone (TQ). TQ dikesan dapat mengurangkan paras gula dan juga menaikkan insulin dalam badan.

Kompaun lain dalam biji habbatus sauda seperti nigellone, thymohydroquinone, flavonoids dan lain2 bekerjasama secara sinergistic untuk bantu proses pengawalan gula (di sini pentingnya mengambil habbatus sauda seluruhnya @ whole seed untuk dapat seluruh komponen, dan dihancurkan menjadi powder supaya senang diserap badan)

Bagi pesakit kencing manis, terdapat beberapa jenis ubat yang biasa diberikan. Ubat-ubatan ini mempunyai fungsi berbeza dalam membantu pesakit kencing manis, tetapi dengan Habbatus sauda, ia mempunyai kesan ubat - ubatan kencing manis dicampur bersama. Hebatnya! 














Ya.... kesan2 ubat kencing manis yang berlainan ada dalam habbatus sauda. 

Perlu diingatkan tiada kajian klinikal menyeluruh yang boleh menentukan pengambilan habbatus sauda sahaja untuk merawat kencing manis, maka pengambilan Nissagen Plus adalah penting untuk diambil bersama rawatan moden sedia ada sehingga keadaan lebih stabil dan ubat diturunkan oleh doktor yang merawat.


Penerangan secara saintifik diringkaskan dalam gambar diatas. 

Disebabkan dos untuk keberkesanan mengawal kencing manis masih dalam kajian, penggunaan Nissagen mestilah bersama dengan rawatan moden untuk kencing manis, dipantau oleh doktor yang merawat dan kemudiannya, sekiranya keadaan semakin baik, barulah ubatan boleh diturunkan dos oleh doktor yang merawat.


Rujukan:

LINK 1

LINK 2

Comments

Popular posts from this blog

Habbatus Sauda Dan Penyakit Saraf ( Alzheimer, Parkinson, Anxiety, Depression)

Zink sebagai Tambahan Melawan Koronavirus, Kesan kepada Pesakit Hati dan Buah Pinggang.

Buku Gigi Dan Mulut Saya: Prof. Madya Dr Aspalilah Alias